MENGENAI KAMI

SEJARAH SEKOLAH

LATAR BELAKANG SEKOLAH
SMK KAMPUNG BAHAGIA, TELUK INTAN terletak kira – kira 7 KM dari bandar Teluk Intan dan
lokasinya terletak bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Kampong Bahagia. Bangunan sekolah tiga tingkat ini mengandungi 24 bilik darjah dan beberapa kemudahan lain dengan kos pembinaan RM30.1 juta mula dibina pada September 2015 dan siap sepenuhnya pada 14 Jun 2017.
Majlis Penyerahan bangunan SMK Kampung Bahagia telah disempurnakan pada 23 Oktober 2017.
Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan Pembangunan Pelajaran Kementerian Pendidikan, Puan Salmah Ahmad yang menerima penyerahan bangunan ini daripada Pengarah Syarikat Sujaman Sdn Bhd, Tuan Khalid Habib.
Sekolah ini mula beroperasi pada 2 Januari 2018 dengan menempatkan seramai 158 orang murid
yang terdiri daripada murid Tingkatan satu dan dua pada awal pembukaanya. Murid-murid diambil daripada sekolah-sekolah berhampiran SMK Kampung Bahagia, iaitu SK Kampung Bahagia, SK Sungai Kerawai dan SK Sungai Tungku.
Majlis perasmian Sekolah ini telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul
Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah pada 5 Ogos 2019. Kini SMK Kampung Bahagia, Teluk Intan atau singkatannya ‘KBs’ semakin mengorak langkah untuk menjadi sekolah yang cemerlang dalam segala aspek di dalam daerah Hilir Perak.


No comments:

Post a Comment